Metadata
Title
Give2ukm
Category
general
UUID
1c78858ecb794bd1886b5e59ec698911
Source URL
https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/90
Parent URL
https://give2ukm.ukm.my/
Crawl Time
2026-03-18T05:33:52+00:00
Rendered Raw Markdown

Give2ukm

Source: https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/90 Parent: https://give2ukm.ukm.my/

TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR DAN PEMBANGUNAN PRASARANA FUU

21.31%

Semasa: RM 21,310.00

Sasaran: RM 100,000.00

\

Sumbangan

LATAR BELAKANG

  1. Fakulti Undang-Undang (FUU) telah ditubuhkan pada tahun 1984;

  2. Seramai lebih 10,000 alumni FUU telah dilahirkan sejak penubuhannya yang telah mencapai 40 tahun;

  3. Aspek kebajikan pelajar dan fasiliti pelajar amat dititik berat oleh pengurusan fakulti supaya graduan yang dilahirkan berkualiti tinggi dan cemerlang.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Tabung Kebajikan Pelajar Dan Pembangunan Prasarana FUU (FUU3) adalah untuk:

  1. Membantu kebajikan pelajar dan sebagai sumber dana kecemasan;

  2. Membantu dalam pembangunan prasarana dan fasiliti pelajar di FUU.

CADANGAN DAN MANFAAT

Tabung Kebajikan Pelajar Dan Pembangunan Prasarana FUU (FUU3) ini diwujudkan bagi membantu untuk pendanaan kepada kebajikan pelajar dan pembangunan prasarana. Penubuhan tabung ini akan memberi manfaat kepada pelajar FUU secara amnya. Antara projek yang ingin dilaksanakan adalah:

  1. Penambahbaikan dan pemodenan prasarana;

  2. Pembangunan dan pembinaan baru prasarana;

  3. Sumbangan kepada pelajar golongan B40 dan yang mengalami musibah.

STRUKTUR GOVERNAN DAN TADBIR URUS

  1. Jumlah dana yang diperlukan : RM100,000.00

  2. Perincian unjuran perbelanjaan/kegunaan dana:

i. Penambahbaikan dan pemodenan prasarana : RM30,000.00

ii. Pembangunan dan pembinaan baru prasaranan : RM50,000.00

iii. Sumbangan kepada pelajar golongan B40 dan mengalami musibah : RM20,000.00

Pemakluman:

1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.\ 2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).