Metadata
Title
Lawatan Pelajar SMI Sains Tahfiz MAIWP – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Category
general
UUID
3ee1ffadd5d1428ca303a98fc47486ac
Source URL
https://www.ukm.my/fkab/news/lawatan-pelajar-smi-sains-tahfiz-maiwp/
Parent URL
https://www.ukm.my/fkab/
Crawl Time
2026-03-18T08:04:08+00:00
Rendered Raw Markdown

Lawatan Pelajar SMI Sains Tahfiz MAIWP – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Source: https://www.ukm.my/fkab/news/lawatan-pelajar-smi-sains-tahfiz-maiwp/ Parent: https://www.ukm.my/fkab/

Lawatan Pelajar SMI Sains Tahfiz MAIWP

LAWATAN PELAJAR SMI SAINS TAHFIZ MAIWP KE FKAB

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada para pelajar Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP yang telah berlangsung seperti ketetapan berikut:\ 24 Februari 2025 (Selasa)\ 9.30 pagi\ Bilik Mesyuarat Watan, Bangunan Akademik FKAB

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para 20 orang pelajar mengenai suasana pembelajaran, kehidupan kampus serta peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan alam bina. Terima kasih atas kesudian pihak sekolah memilih FKAB sebagai destinasi lawatan ilmiah. Semoga sesi perkongsian dan interaksi yang berlangsung dapat memberi inspirasi serta membuka ruang cita-cita yang lebih luas buat para pelajar.

FKAB sentiasa mengalu-alukan kunjungan institusi pendidikan dalam usaha memperkasa budaya ilmu dan kecemerlangan akademik.

\ \ \ \