Metadata
Title
Lawatan TNC HEJIM ke FKAB – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Category
general
UUID
5cb1285d24ed4844959422faac54fe58
Source URL
https://www.ukm.my/fkab/news/lawatan-tnc-hejim-ke-fkab/
Parent URL
https://www.ukm.my/fkab/
Crawl Time
2026-03-18T08:03:58+00:00
Rendered Raw Markdown
# Lawatan TNC HEJIM ke FKAB – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

**Source**: https://www.ukm.my/fkab/news/lawatan-tnc-hejim-ke-fkab/
**Parent**: https://www.ukm.my/fkab/

## Lawatan TNC HEJIM ke FKAB

**LAWATAN RASMI TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL JARINGAN, INDUSTRI DAN MASYARAKAT (TNC HEJIM) KE FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB), UKM**

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berbesar hati menerima kunjungan hormat YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat bersama YBhg Prof Ts Dr Faizal Mohamed (Yayasan Canselor) dan Dr Aida Hanim A. Hamid (Pengarah I-KOM) ke FKAB. Kunjungan rasmi ini telah disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Dekan FKAB, bersama-sama PM Ir. Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar (Timbalan Dekan HEJIM), PM Ir Dr Shuhaida Harun (Timbalan Dekan Prasiswazah), PM Ts Dr Wan Mimi Diyana Wan Zaki (Timbalan Dekan Siswazah) serta barisan pengurusan tertinggi FKAB dalam suasana yang harmoni dan kondusif.

Tarikh: 26 Februari 2026 (Khamis)

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Watan, Foyer Bangunan Akademik, FKAB

Sesi lawatan dan perbincangan ini memfokuskan kepada penerangan hala tuju dan perancangan strategik Jaringan Industri dan Komuniti bagi tahun 2026 dan pencapaian sepanjang tahun 2025. YBhg. TNC HEJIM dan delegasi turut berkesempatan melawat Pejabat HEJIM FKAB, Makmal Industri ALCON dan Makmal Industri ZwickRoell. Lawatan ini menunjukkan komitmen berterusan FKAB dan universiti dalam memperkukuh kolaborasi strategik dengan pihak industri serta meningkatkan impak pemindahan ilmu dan teknologi kepada komuniti.

Semoga sesi perbincangan ini akan terus mempererat hubungan strategik antara universiti, industri, dan masyarakat, sekali gus membuka lebih banyak peluang kolaborasi berimpak tinggi demi kecemerlangan bersama.

\
\
\