Metadata
Title
Give2ukm
Category
general
UUID
66c5b39dded946d8918870216101f68d
Source URL
https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/123
Parent URL
https://give2ukm.ukm.my/
Crawl Time
2026-03-18T05:33:34+00:00
Rendered Raw Markdown

Give2ukm

Source: https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/123 Parent: https://give2ukm.ukm.my/

TABUNG DERMA PERPUSTAKAAN UKM

\

Sumbangan

TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan mencadangkan pertukaran nama Dana Endowmen Perpustakaan (DEP) kepada Tabung Derma Perpustakaan bagi memenuhi syarat memohon perlepasan cukai pendapatan.

LATAR BELAKANG

  1. Dana Endowmen Perpustakaan (DEP) telah dilancarkan dengan rasminya pada 10 Julai 2003 oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Rashdan bin Hj. Baba, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM.
  2. Berdasarkan Dasar Dana Endowmen Perpustakaan UKM, pengecualian cukai pendapatan merupakan salah satu daripada manfaat yang ditawarkan. Walaubagaimanapun, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pengecualian cukai pendapatan tidak layak diberikan kepada endowmen/wakaf.\ \
  3. Ini bertepatan dengan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa DEP ke18 bertarikh 20 Julai 2018 supaya Perpustakaan mencadangkan nama baharu untuk menggantikan nama DEP.

*JUSTIFIKASI PERTUKARAN NAMA\ *

  1. Endowmen\ Tidak layak mendapat pelepasan cukai pendapatan. Konsep endowmen (wakaf) adalah berbeza dengan derma/hadiah.\ \
  2. Pendapatan dari pelaburan\ Mulai tahun taksiran 2001, tiada pengecualian pendapatan ke atas pendapatan dividen di bawah peruntukan perenggan 13 Jadual 6 ACP 1967. Sebagai rekod, sebanyak RM2 juta daripada Dana Endowmen Perpustakaan telah dilaburkan.\ \
  3. Minat Penyumbang\ Ketiadaan insentif percukaian ini berisiko mengurangkan minat penyumbang kepada DEP.\ \
  4. Wakaf\ Sekiranya Dana Endowmen Perpustakaan dikategorikan sebagaiwakaf, ia mungkin tertakluk kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

Pemakluman:

1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.\ 2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).