Metadata
Title
Give2ukm
Category
general
UUID
a45306194e364b76aeebb2ddb0339615
Source URL
https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/127
Parent URL
https://give2ukm.ukm.my/
Crawl Time
2026-03-18T05:33:12+00:00
Rendered Raw Markdown

Give2ukm

Source: https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/127 Parent: https://give2ukm.ukm.my/

Potongan Gaji

TABUNG PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN UMBI

40.73%

Semasa: RM 24,435.80

Sasaran: RM 60,000.00

\

Sumbangan

TABUNG PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN UMBI

Objektif Penubuhan

Objektif penubuhan tabung khusus Pendidikan dan Pembelajaran UMBI adalah untuk;

  1. Bantuan Pendidikan dan Pembelajaran pelajar asnaf/ B40 seperti sara hidup yang tinggi di Lembah Klang, musibah/ bencana alam, kehilangan ibu bapa dan lain-lain.
  2. Bantuan kewangan pembayaran yuran pengajian.
  3. Program sumbangan makanan (FoodBank) dan lain-lain.

*Latar Belakang*

  1. Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) berhasrat untuk menubuhkan sebuah tabung khusus yang mensasarkan pengumpulan dana bagi Pendidikan dan Pembelajaran serta menyokong kebajikan/ menyediakan bantuan kewangan pelajar siswazah yang memerlukan.
  2. Melalui pemantauan terkini pihak UMBI, terdapat pelajar siswazah yang memohon tangguh pengajian atau tambah masa kerana mengalami masalah kewangan (tiada biasiswa/ skim zamalah/ pembiayaan keluarga) untuk membayar yuran pengajian pada semester berkenaan. Pelajar terpaksa bekerja semasa sesi penangguhan untuk menampung yuran pengajian dan sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Selain itu, masalah kewangan ini menghimpit para pelajar kerana geran penyelidikan yang telah tamat namun perlu meneruskan pengajian tanpa elaun.

Cadangan

  1. Tabung khusus Tabung Pendidikan dan Pembelajaran UMBI ini diwujudkan bagi membantu PTj untuk pendanaan bantuan pendidikan pelajar.
  2. Perincian projek dan sasaran untuk sumbangan/bantuan adalah seperti berikut:\  i)  Bantuan sebahagian yuran pengajian (50%) – berdasarkan kadar yuran semasa\  ii) Bantuan sebahagian elaun kos sara hidup di Kuala Lumpur yang tinggi
  3. Bantuan Pendidikan dan Pembelajaran pelajar asnaf/ B40 dan mengalami musibah (kematian/ bencana alam)
  4. Bantuan khairat kematian (ibu bapa/ penjaga)

Manfaat Penubuhan

Penubuhan Tabung Pendidikan dan Pembelajaran UMBI ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada pelajar siswazah UMBI amnya agar dapat melalui proses pembelajaran yang lebih kondusif. Pelajar juga dapat menamatkan pengajian tanpa rasa khuatir atau terbeban dengan masalah kewangan.

Tempoh: 2 Tahun (sehingga 31 Disember 2025)

Pemakluman:

1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.\ 2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).