Metadata
Title
Program Educational Objectives (PEO) & Program Learning Outcomes (PLO)
Category
courses
UUID
d829f2253f2f4500975ef0627a2f2722
Source URL
https://ivi.ukm.my/program-educational-objectives-peo-program-learning-outcomes-...
Parent URL
https://ivi.ukm.my/
Crawl Time
2026-03-23T20:24:52+00:00
Rendered Raw Markdown
# Program Educational Objectives (PEO) & Program Learning Outcomes (PLO)

**Source**: https://ivi.ukm.my/program-educational-objectives-peo-program-learning-outcomes-plo/
**Parent**: https://ivi.ukm.my/

## Program Educational Objectives (PEO) & Program Learning Outcomes (PLO)

- [Prospective Student](https://ivi.ukm.my/prospective-student/)
- [Current Students](https://ivi.ukm.my/current-students/)
- [Program Educational Objectives (PEO) & Program Learning Outcomes (PLO)](https://ivi.ukm.my/program-educational-objectives-peo-program-learning-outcomes-plo/)
- [Financial Aid](https://ivi.ukm.my/financial-aid/)

#### MQA Qualification (Master)

[Click here](https://www2.mqa.gov.my/mqr/papariptaAA.cfm?IDAkrKP=19513)

#### MQA Qualification (Ph.D)

[Click here](https://www2.mqa.gov.my/mqr/papariptaAA.cfm?IDAkrKP=19512)

## Objektif Pendidikan Program (OPP) - Sarjana Sains

|  |  |
| --- | --- |
| **OPP1:** Penyelidik yang berkebolehan mengintegrasi pengetahuan lanjutan, menggunakan kemahiran teknikal dan numerasi untuk menjalankan penyelidikan yang berkualiti dan inovatif dalam bidang Informatik Visual Gunaan.   |  | | --- | | **OPP2:** Penyelidik yang mempunyai kemahiran komunikasi, kualiti kepimpinan dan kemahiran pengurusan yang berkesan dalam interaksi dengan pihak berkepentingan.  **OPP3:** Penyelidik yang menyokong dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran sepanjang hayat serta mempunyai minda keusahawanan.  **OPP4:** Penyelidik yang bertanggungjawab, mengamalkan nilai profesional, berintegriti dan beretika dalam menjalankan penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. | |

## Hasil Pembelajaran Program (HPP) - Sarjana Sains

|  |  |
| --- | --- |
| **HPP1:** Mengintegrasikan pengetahuan lanjutan dan pemahaman secara kritikal teori, konsep dan isu semasa dalam penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP2:** Mencadangkan penyelesaian secara inovatif hasil penyelidikan yang dijalankan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan  **HPP3:** Menggunakan kemahiran praktikal untuk menyelesaikan masalah dalam bidang yang berkaitan Informatik Visual Gunaan.  **HPP4:** Menunjukkan kemahiran berkolaborasi secara berkesan dengan ahli kumpulan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam konteks profesional dan penyelidikan.  **HPP5:** Mempamerkan kemahiran komunikasi secara jelas dan berkesan dalam menulis, membentang dan mempertahankan kajian.  **HPP6:** Mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran digital untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP7:** Menganalisis secara kritis dapatan penyelidikan yang berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan dengan menggunakan kemahiran analitik dan numerasi.  **HPP8:** Menunjukkan kemahiran mengurus, memimpin, kebertanggungjawaban dan autonomi dalam menjalankan penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP9:** Menunjukkan keupayaan untuk memperluas dan memperdalamkan pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang hayat dan penyelidikan secara kendiri dalam bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP10:** Mempamer minda keusahawanan dalam pengurusan projek berasaskan hasil penyelidikan dalam bidang Informatik Visual Gunaan.   |  | | --- | | **HPP11:** Melaksanakan penyelidikan secara profesional dengan integriti dan beretika serta mematuhi kod amalan perundangan dalam menyelesaikan masalah berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. | |

## Objektif Pendidikan Program (OPP) - Doktor Falsafah

|  |  |  |
| --- | --- | --- |
| **OPP1:** Pakar penyelidik yang kompeten dalam mengintegrasi pengetahuan baharu dan kemahiran khusus bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang Informatik Visual Gunaan.  **OPP2:** Pakar penyelidik yang menguasai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kemahiran pengurusan yang berkesan dan kritis dalam berinteraksi dengan komuniti profesional dan masyarakat.  **OPP3:** Pakar penyelidik yang menyokong dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran sepanjang hayat serta mempunyai minda keusahawanan dan inovasi yang tinggi.   |  | | --- | | **OPP4:** Pakar penyelidik yang bertanggungjawab mengamalkan nilai profesional yang tinggi, berintegriti dan beretika dalam menjalankan penyelidikan yang meningkatkan nilai profesion bidang Informatik Visual Gunaan. | |  |

## Hasil Pembelajaran Program (HPP) - Doktor Falsafah

|  |
| --- |
| **HPP1:** Mempamer pengetahuan kritikal dan mendalam tentang ilmu terkini dengan menghasilkan sumbangan yang signifikan dan asli dalam bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP2:** Membangunkan penyelidikan yang berimpak tinggi dalam menangani isu penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan secara mendalam serta kritikal.  **HPP3:** Menggunakan kemahiran praktikal dalam penghasilan inovasi penyelesaian masalah berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP4:** Mempamer kemahiran berinteraksi secara berkesan dengan rakan sepasukan, komuniti ilmiah dan masyarakat melalui wacana intelektual dalam bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP5:** Mempamerkan kemahiran komunikasi secara jelas, berkesan dan kritis dalam menulis, membentang dan mempertahankan kajian.  **HPP6:** Mengenalpasti alat digital yang sesuai untuk memperoleh, mentafsir dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP7:** Menganalisis secara kritis dapatan kajian yang berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan dengan menggunakan kemahiran analitik dan numerasi.  **HPP8:** Menunjukkan kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang tinggi dengan tanggungjawab dan autonomi dalam menjalankan penyelidikan berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP9:** Memperlihatkan sikap positif, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan penyelidikan serta memperluas pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang hayat.  **HPP10:** Mempamer keupayaan memiliki pemikiran keusahawanan yang berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan.  **HPP11:** Melaksanakan penyelidikan secara profesional dengan integriti dan etika yang tinggi serta mematuhi kod amalan perundangan dalam menyelesaikan masalah berkaitan bidang Informatik Visual Gunaan. |

## Objektif Pendidikan Program (OPP) - Sarjana Sains (Informatik Visual)

|  |
| --- |
| **OPP1:** Siswazah yang berkualiti tinggi yang berupaya merungkai proses Sains komputer dan Teknologi Maklumat khususnya bidang informatik visual dengan sebaik mungkin dalam pasukan penyelidikan pelbagai bidang dan rentas bidang.  **OPP2:** Siswazah yang berkemahiran tinggi dalam bidang multi-disiplin yang berupaya mengendalikan penyelidikan secara gabungan pendekatan teori, komputeran dan eksperimen bagi menyelesaikan persoalan informatik visual yang kompleks.  **OPP3:** Siswazah yang mampu mengintegrasikan ilmunya ke dalam bidang yang lebih luas, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta berdaya saing dalam penyelidikan multidisiplin dan rentas disiplin. |

## Hasil Pembelajaran Program (HPP) - Sarjana Sains (Informatik Visual)

|  |
| --- |
| **HPP1:** Dapat menguasai sepenuhnya bidang khusus yang diterokai dan seterusnya melebarkan sempadan ilmu dalam bidang tersebut.  **HPP2:** Berupaya mengkonsepsi, mereka bentuk, mengubahsuai dan melaksana sebarang penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan bagi menjana ilmu baharu yang bermakna.  **HPP3:** Menunjuk kemahiran menganalisis, mengsistesis, menilai secara kritis serta mengaplikasi secara profesional perancangan dan pelaksanaan penyelidikan dalam bidang Informatik Visual.  **HPP4:** Berkomunikasi secara lisan dan menulis dengan berkesan berkaitan hasil penyelidikan yang dijalankan.  **HPP5:** Menyumbang ilmu baharu atau asli yang signifikan melalui pembuktian yang komprehensif dalam domain berkaitan.  **HPP6:** Menunjukkan amalan kerja berpasukan dan kepimpinan secara berkesan dengan rakan penyelidik dan masyarakat umum. |

## Objektif Pendidikan Program (OPP) - Doktor Falsafah (Informatik Visual)

|  |
| --- |
| **OPP1:** Siswazah yang berkualiti tinggi yang berupaya merungkai proses Sains komputer dan Teknologi Maklumat khususnya bidang informatik visual dengan sebaik mungkin dalam pasukan penyelidikan pelbagai bidang dan rentas bidang.  **OPP2:** Siswazah yang berkemahiran tinggi dalam bidang multi-disiplin yang berupaya mengendalikan penyelidikan secara gabungan pendekatan teori, komputeran dan eksperimen bagi menyelesaikan persoalan informatik visual yang kompleks.  **OPP3:** Siswazah yang mampu mengintegrasikan ilmunya ke dalam bidang yang lebih luas, berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta berdaya saing dalam penyelidikan multidisiplin dan rentas disiplin. |

## Hasil Pembelajaran Program (HPP) - Doktor Falsafah (Informatik Visual)

|  |
| --- |
| **HPP1:** Menguasai sepenuhnya bidang khusus yang diterokai dan seterusnya melebarkan sempadan ilmu dalam bidang tersebut.  **HPP2:** Mengkonsepsi, mereka bentuk, mengubahsuai dan melaksana sebarang penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan bagi menjana ilmu baharu yang bermakna.  **HPP3:** Menyumbang ilmu baharu atau asli yang signifikan melalui pembuktian yang komprehensif dalam domain berkaitan.  **HPP4:** Berkomunikasi dengan berkesan berkaitan hasil penyelidikan yang dijalankan serta mengamalkan kerja berpasukan dan kepimpinan secara berkesan dengan rakan penyelidik dan masyarakat umum.  **HPP5:** Menganalisis dan menilai secara kritis serta mengaplikasi secara profesional perancangan dan pelaksanaan penyelidikan dalam bidang Informatik Visual.  **HPP6:** Mengurus projek dengan berkesan melalui penetapan dan pencapaian objektif penyelidikan dalam bidang Informatik Visual.  **HPP7:** Mengenalpasti dan melakukan penyelidikan dalam bidang Informatik Visual yang boleh |