Metadata
Title
Give2ukm
Category
general
UUID
e0b3d305c0ad4853b2184c552fb0364c
Source URL
https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/95
Parent URL
https://give2ukm.ukm.my/
Crawl Time
2026-03-18T05:34:32+00:00
Rendered Raw Markdown

Give2ukm

Source: https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/95 Parent: https://give2ukm.ukm.my/

Potongan Gaji

WAKAF KHAS/ENDOWMEN ALUMNI UKM

1.42%

Semasa: RM 142,179.97

Sasaran: RM 10,000,000.00

\

Sumbangan

LATAR BELAKANG

Projek Dana Wakaf Khas/Endowmen Alumni UKM merupakan sebuah projek penjanaan untuk kelestarian Pusat Perhubungan Alumni dalam menganjurkan aktiviti yang melibatkan alumni yang memberi manfaat kepada universiti khususnya para pelajar. Dana Wakaf Khas ini juga adalah satu simbolik yang menonjolkan betapa kukuhkan hubungan antara alumni dengan universiti. Projek ini diunjurkan selama 5 tahun  dengan sasaran kewangan terkumpul sebanyak RM10 Juta.

Pusat Perhubungan Alumni bertanggungjawab untuk mengumpulkan sumbangan alumni melalui pelawaan sumbangan dan juga aktiviti-aktiviti yang menjana. Dana tersebut akan dilaburkan dan keuntungan tahunan akan digunakan untuk:

  1. Penyelenggaraan/Kelestarian Kompleks Alumni UKM
  2. Penyediaan/Pembaikpulih Prasarana Keperluan Pelajar
  3. Penganjuran Program Pembangunan Kompetensi Pelajar
  4. Kebajikan Pelajar/Alumni dalam Bentuk Biasiswa/Bantuan Khas
  5. Anugerah Kepada Pelajar/Alumni Cemerlang
  6. Menyokong Aktiviti Keterlibatan Alumni/Persatuan Alumni

Dana Wakaf Khas/ Endowmen Alumni UKM ini akan dikumpulkan daripada alumni, serta rakan universiti  dan ianya akan disimpan oleh pihak Bendahari UKM di bawah pemantauan ALUMNI-UKM, Yayasan Canselor dan Jawatankuasa Pemegang Amanah Tabung Dana Wakaf Khas/ Endowmen Alumni UKM.

Semoga Allah memberkati usaha ini.

universitiwatankita

soulukm

Pemakluman:

1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.\ 2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).