Metadata
Title
Persidangan – Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Category
general
UUID
eb0063f435644bf3aa7285a1fc479665
Source URL
https://www.ukm.my/fep2/persidangan/
Parent URL
https://www.ukm.my/fep2/
Crawl Time
2026-03-18T07:44:00+00:00
Rendered Raw Markdown

Persidangan – Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Source: https://www.ukm.my/fep2/persidangan/ Parent: https://www.ukm.my/fep2/

PERSIDANGAN

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ialah persidangan dwitahunan yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Persidangan kebangsaan berprestij ini berfungsi sebagai platform penting bagi ahli akademik, penyelidik, dan penggubal dasar untuk membincangkan isu ekonomi semasa di Malaysia, serta mempromosikan penyelidikan dan inovasi dalam bidang ekonomi.

PERKEM ke-18 akan dianjurkan pada tahun 2027. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

International Management & Accounting Conference (IMAC), yang dianjurkan secara dwi-tahunan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), merupakan persidangan akademik yang berfungsi sebagai platform antarabangsa bagi ahli akademik dan pengamal industri berkongsi penyelidikan dalam bidang perakaunan dan pengurusan.

IMAC ke-12 akan dianjurkan pada 13-14 Julai 2026 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ukm.my/imac/

International Conference of Global Business & Digital Economy (ICGloBDE) ialah persidangan antarabangsa yang diasaskan oleh Pusat Kajian Perniagaan Global dan Ekonomi Digital (GloBDE).  Persidangan yang dijalankan secara dwitahunun ini mengumpulkan ahli akademik, pakar industri dan penggubal dasar untuk membincangkan transformasi digital, kemampanan dan trend baru muncul dalam perniagaan global.

ICGloBDE ke-2 akan dianjurkan pada 22-23 Sept 2026 di Royale Chulan Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ukm.my/icglobde/

SAFAG (Symposium of Accounting, Finance and Governance)

Symposium of Accounting, Finance and Governance (SAFAG) merupakan simposium berprestij yang diasaskan oleh Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti (GRACE), FEP. Simposium ini menyediakan platform bagi penyelidik untuk membentangkan dan menerbitkan artikel berkualiti tinggi dalam bidang perakaunan, kewangan, tadbir urus, akauntabiliti, pengurusan dan ekonomi.

SAFAG ke-6 akan dianjurkan pada tahun 2027. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

Malaysia-Indonesia International Conference on Economics, Management and Accounting (MIICEMA), yang diasaskan pada tahun 1993 oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia, merupakan persidangan tahunan utama yang menghimpunkan penyelidik dan ahli akademik untuk membincangkan isu ekonomi, pengurusan, dan perakaunan, terutamanya melibatkan kes-kes di Malaysia dan Indonesia.

MIICEMA ke-25 akan dianjurkan pada tahun 2026. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

ICIHES (International Conference on Islamic and Halal Economic Studies)

Persidangan Antarabangsa Ekonomi Islam dan Halal (ICIHES) merupakan persidangan antarabangsa yang diasaskan oleh Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Ekonomi Halal, Universiti Kebangsaan Malaysia. Persidangan tahunan ini bertujuan membincangkan isu ekonomi Islam dan industri halal.

ICICHES ke-4 akan dianjurkan pada tahun 2026. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.