Latar Belakang
Source: https://research.ukm.my/latar-belakang/ Parent: https://research.ukm.my/geran-penyelidikan/
Profil Korporat - CRIM UKM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
Info
Menerajui pengurusan maklumat dan perkhidmatan penyelidikan yang cemerlang bagi merealisasikan aspirasi universiti bertaraf dunia.
Latar Belakang
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan entiti utama yang bertanggungjawab memacu, menyelaraskan, dan mengurus ekosistem penyelidikan di universiti. Sejajar dengan pengiktirafan UKM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan (Research University) terkemuka di Malaysia, CRIM memainkan peranan penting dalam merealisasikan agenda penyelidikan dan inovasi negara.
Sebagai nadi pentadbiran R&D, bidang kuasa CRIM merangkumi perancangan strategik penyelidikan, pengurusan dana dan geran di pelbagai peringkat (dalaman, kebangsaan, industri, dan antarabangsa), pemantauan prestasi projek, serta pengurusan perkhidmatan makmal berpusat. Kami sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan tadbir urus berprestasi tinggi bagi menyokong para penyelidik menghasilkan output berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat dan penjanaan kekayaan negara.
Matlamat Penubuhan
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ditubuhkan bertujuan untuk mencapai matlamat seperti berikut:
01
Pemantauan Kewangan
Memastikan supaya penyelarasan dan pemantauan kewangan penyelidikan yang kemas dan sistematik serta cekap bagi memudahkan para penyelidik dan pihak pengurusan dalam urusan kewangan.
02
Penyebaran Maklumat
Memastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dijalankan dengan baik dan berkesan sesuai dengan fungsi PPP sebagai sumber maklumat bukan sahaja kepada penyelidik-penyelidik malahan kepada masyarakat luar sama ada dalam atau luar negara mengenai hasil penyelidikan serta perkhidmatan kepakaran yang ada di Universiti.
03
Peningkatan Reputasi
Meningkatkan reputasi UKM sebagai sebuah Universiti Awam yang berkualiti dan cekap dalam menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan penyelidikan dan persidangan di UKM.
04
Penjanaan Dana
Membantu penjanaan dana yang lebih tinggi yang diperolehi dari pelbagai sumber sama ada dari dalam atau luar negara.
05
Pengurusan Sistematik
Memperkukuhkan serta menguruskan urusan penyelidikan dengan lebih teratur, cekap dan sistematik.
06
Universiti Terkehadapan
Menjadikan UKM terkehadapan dalam pengurusan penyelidikan di Malaysia.
07
Jaringan Global
Meningkatkan lagi penyebaran maklumat penyelidikan di dalam dan luar negara.
Visi
Bertekad Menjadi Pusat Perkhidmatan yang dinamik dan Terkehadapan bagi Mencapai Universiti Bertaraf Dunia.
Misi
Menyediakan Perkhidmatan yang Cemerlang, Berkualiti dan Berinovasi.
Dasar Kualiti
Bertekad Menyediakan Perkhidmatan Secara Profesional dan Berkualiti Serta Mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang Berteraskan Penambahbaikan Berterusan untuk Menjamin Kepuasan Pelanggan.
Fungsi Utama
Perancangan dan penyusunan strategi R&D di UKM
Pengurusan dana Universiti Penyelidikan
Pengurusan permohonan dan pemantauan projek penyelidikan
Pengurusan pelantikan modal insan penyelidikan
Pengurusan permohonan menghadiri dan mengadakan persidangan
Pengurusan instrumentasi dan perkhidmatan makmal berpusat
Senarai Aktiviti
Mengurus Pentadbiran Penyelidikan
Mengurus Persidangan (Dalam/Luar)
Mengurus Pameran Hasil Penyelidikan
Mengurus Latihan/Bengkel/Seminar
Mengurus Pangkalan Data Penyelidikan
Mengurus Hebahan Maklumat
Mengurus Instrumentasi Penyelidikan
Mengurus Penerbitan Majalah
Mengurus Data Rasmi MyRA
Piagam Pelanggan
Kumpulan sasar perkhidmatan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi.
Langsung
- Para Penyelidik / Kakitangan Akademik UKM
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
- Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa yang berkenaan
- Pembantu Penyelidik
Tidak Langsung
- Masyarakat Umum
- Agensi-agensi Lain
- Institutsi Pengajian Tinggi
- Institusi Penyelidikan Lain
- Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)