Metadata
Title
University Song
Category
general
UUID
130030c11f2e493698bf0e7082432751
Source URL
https://www.utp.edu.my/Pages/The-University/About-Us/University-Song.aspx
Parent URL
https://www.utp.edu.my/Pages/The-University/About-Us/Campus-Life.aspx
Crawl Time
2026-03-25T07:31:19+00:00
Rendered Raw Markdown

University Song

Source: https://www.utp.edu.my/Pages/The-University/About-Us/University-Song.aspx Parent: https://www.utp.edu.my/Pages/The-University/About-Us/Campus-Life.aspx

About Us

Luasnya samudera dalamnya bumi,

Mendasari ilmu ke akar umbi,

Di dunia tanpa sempadan,

Kami berazam membina harapan

Berpegang kepada nilai yang murni,

Kemakmuran insan misi kami,

Hasil dituai benih disemai,

Laba dinikmati beramai-ramai,

Universiti Teknologi PETRONAS,

Setiap warganya cerdas dan tangkas,

Berilmu, beriman, berpandangan jauh,

Di bidang teknologi berdiri teguh,

Bersama ilmu, yakin dan jati diri,

Kami bertekad mencurah bakti,

Untuk dunia, untuk manusia,

Matlamat kami, sejahtera semua

Song: Manan Ngah

Lyrics: Habsah Hassan

Last updated: 14 November 2023 ​\